![]() |
Minggu Penulis Remaja 2020 (Kluster Maya)
MPR kali ini diadakan secara maya. Hari ini tamat 4 hari mendengar semua pengisian yang di kendalikan DBP.
Di hari pertama, bimbingan puisi oleh Dr. Fahd Razy. Di hari kedua, sesi pagi bersama Kak Isha (Puan Siti Noorisa Binti Abdul Khlil), editor Majalah Tunas Cipta manakala di sesi petang bersama pula dengan sasterawan negara ke-14, Prof Dr Siti Zainon.
Di hari ketiga, peserta di perkenalkan tentang swarterbit yang di sampaikan oleh Hafiz Latiff, pengasas Legasi Oakheart. Kemudian di hari keempat, bimbingan cerpen di berikan pula oleh Puan Salina Ibrahim, penulis.
Tidak di nafikan tempoh PKP yang mendesak mahasiswa dan pelajar untuk belajar secara dalam talian menjadi tempoh percubaan bagi mereka menyesuaikan diri dengan norma baru. Sudah tentu kelas secara maya mempunyai had dan batasan berbeza dengan kelas fizikal.
Apa-apa pun MPR telah ramai melahirkan penulis yang mapan. Aku berharap beberapa tahun akan datang, aku juga boleh menjadi seperti mereka yang berjaya walaupun bukan mudah untuk meneruskan.
Lagi banyak halangan, lagi banyak cabaran, lagi banyak rintangan, akan lebih banyak merasa pengalaman. Di tolak hasil karyanya berkali-kali oleh majalah dan syarikat penerbitan sepertinya telah menjadi hobi baru aku. Barangkali rasanya seperti orang putus cinta.
P/s: Tugasan dari MPR: Menghasilkan 2 cerpen dan 5 puisi dalam masa 2 minggu untuk di bukukan dalam antologi DBP (Masih Mencari Idea).
0 Ulasan