Selama ini aku menulis baru aku sedar aku banyak menulis cerpen tentang peperangan dan kemanusiaan

1. Kisah sebuah keluarga kucing yang hidup dalam negara peperangan.

2. Kisah seorang aktivis yang pergi meninggalkan isteri dan anak untuk menyahut seruan sebagai doktor di tapak perang.

3. Kisah seorang tentera zionis yang dipenjara kerana gagal mengacukan senapang di kepala seorang anak Syiria.

4. Kisah dua orang anak gadis yang di rogol tentera zionis ketika sedang mencari makanan di celahan tanah.

5. Kisah seorang pensyarah Malaysia dan berpuluh orang jemaah yang meninggal dalam masjid kerana serangan pengganas yang termakan dengan hasutan islamophobia.

Peperangan itu memang kejam. Mereka kata berperang untuk capai kemenangan tanpa sedar kedamaian telah lama di ragut sejak bermulanya mereka rancang untuk bermusuh.

Mengapa genre ini sangat terkesan untuk ditulis? Jawabnya suara kita tidak ramai, laungan kita mungkin tidak di dengarkan. Tetapi menulis memberi kesan mendalam kepada si penulis.


"We are writers my dear.We don't cry. We bleed on paper."